Archive for April 24th, 2010

Early Years and the Foundation Stage

Saturday, April 24th, 2010

The philosophy underpinning the Foundation Stage curriculum is that learning should be carefully planned and structured, with an emphasis on activities that are fun, relevant and motivating for each child. Practitioners delivering the Foundation Stage curriculum therefore support children’s learning through planned play and extending and developing children’s spontaneous play.

The Foundation Stage is part of the National Curriculum and the introduction of the Birth to Three Matters framework reinforces the support for the early stages of learning and development.

Knowledge of child development, observation and assessment for learning all combine to give practitioners a view of:

  • where children are in their learning;
  • how children need to progress;
  • the most effective practice to support children in achieving that progress.

The strategies used in learning and teaching should vary and should be adapted to suit the interests and needs of the child as well as the learning objective.

Teaching in the early years means systematically helping children to learn so that they are:

  • helped to make connections in their learning;
  • actively led forward;
  • helped to reflect on what they have already learned.

Read more @ http://nationalstrategies.standards.dcsf.gov.uk/node/98026?uc=force_uj

Supporting pedagogy: Teaching and learning models

Saturday, April 24th, 2010

Research and practice suggest that learners’ attainment can be enhanced by the consistent use of specific teaching and learning models.

A number of teaching and learning models have been developed as a direct consequence of theories about learning. Each can be expressed as a tightly structured sequence that is designed to elicit and develop a specific type of thinking or response.

Well-founded understanding in this area means developing knowledge of a range of models and how the choice of the appropriate teaching and learning model (or combination of models) is determined by the nature of the learning objective.

  • Direct interactive teaching is effective in helping young people to learn new skills and procedures and acquire academic knowledge. This includes modelling and explicit teaching sequences, for example for teaching children reading or writing.
  • Cognitive teaching and learning models help learners to process information, build concepts and rules, generate and test hypotheses and think creatively. These models include enquiry, inductive learning and teaching though analogy and metaphor.
  • Social models require learners to collaborate and learn together; they help learners construct new knowledge and understand concepts. These models include constructivism and group problem solving.

Some subjects draw more heavily on some teaching and learning models than others.

Read more @ http://nationalstrategies.standards.dcsf.gov.uk/node/97996

Pertubuhan guru bantah kena ajar pendidikan seks

Saturday, April 24th, 2010
Petikan akhbar Berita Harian, 22 April 2010: “Pertubuhan guru membantah cadangan memperkenalkan pendidikan kesihatan reproduktif sebagai satu subjek di sekolah kerana ia disifatkan bukan penyelesaian kepada masalah sosial di kalangan remaja, sebaliknya hanya menambah beban guru”.

Untuk makluman, kementerian pelajaran tidak akan terburu-buru dalam pelaksanaan subjek ini. Walaubagaimanapun, perkara seumpana ini sebenarnya telah dilaksanakan diperingkat sekolah. Maklumat adalah seperti berikut:

1.     Pelaksanaan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial di sekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (dikenali sebagai Pendidikan Seksualiti sebelum ini) sejak tahun 1989 bagi sekolah menengah dan pada 1994 di sekolah rendah.   Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial diajar khususnya melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan dan amnya melalui kurikulum pelbagai mata pelajaran iaitu bahasa, Biologi, Sains, Sains Tambahan, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam.  Semua murid mengikuti Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5.

Kurikulum Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial diajar dalam pelbagai aspek melalui mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dan tidak hanya tertumpu kepada isu seksual semata-mata. Kurikulum pendidikan ini disemak dan ditambah baik           dari semasa ke semasa untuk merealisasikan hasrat melahirkan murid yang bertanggungjawab, membuat keputusan yang bijak dan berakhlak ke arah amalan gaya hidup sihat serta menghindari tingkah laku berisiko.

2.      Kepentingan penglibatan ibu bapa

Peranan dan penglibatan ibu bapa di sekolah amat penting dalam membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran kurikulum Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial yang dijalankan oleh guru. Sikap keterbukaan ibu bapa dalam membincangkan hal-hal berkaitan seksualiti dengan anak-anak mereka sendiri dan sokongan mereka kepada guru secara tidak langsung akan dapat membantu keberkesanan kurikulum Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial di sekolah. Kesediaan ibu bapa boleh mengurangkan sensitiviti yang mengiringi isu seksualiti supaya ia diterima dalam perspektif tepat dan sihat. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh memainkan peranan penting dalam menambah tahap kesedaran dan pengetahuan berkaitan seksualiti.

3.      Bahan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial

Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM telah menyediakan pelbagai bahan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial yang terdiri daripada modul-modul umum dan khusus mengenai seksualiti. Antaranya :
a) Modul 1 : Aspek Fizikal
b) Modul 2 : Aspek Sosial
c) Modul 3 : Gender
d) Modul 4 : Penyakit Jangkitan Seks
e) Modul 5 : HIV/AIDS
f) Modul Seksualiti dan Saya
g) Modul Latihan Pendidikan Pencegahan HIV/AIDS
h) Modul Kemahiran Kecekapan Psikososial Dalam Pendidikan Pencegahan HIV dan AIDS

Sinopsis perincian kandungan setiap modul tersebut di atas adalah seperti dalam Lampiran 1.
Lampiran 1

Modul

Kandungan

Modul 1 :
Aspek Fizikal

Berfokus kepada sistem reproduktif lelaki dan perempuan, perubahan fizikal, emosi dan psikologi yang berlaku semasa akil baligh serta proses fisiologi persenyawaan dan kelahiran manusia.

Modul 2 :
Aspek Sosial

Meliputi tajuk tingkah laku seksual, seksualiti alam kanak-kanak dan remaja serta kasih sayang.

Modul 3 :
Gender

Berkenaan jangkaan peranan; peranan lelaki, peranan perempuan dan stereotaip jantina.

Modul 4 :

Penyakit Jangkitan Seks

Membincangkan pelbagai jenis penyakit hubungan seksual dan asal usulnya, simptom, kesan, pengujian dan pencegahan dalam konteks masalah sosial dan perubatan.

Modul 5 :

HIV/AIDS

Membantu murid memperolehi pengetahuan asas tentang HIV dan AIDS, memupuk tingkah laku bertanggungjawab dari segi penangguhan seks serta penjagaan dan sokongan.

Modul Seksualiti dan Saya

Kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Antaranya:
i. Pengetahuan
ii. Kemahiran asertif
iii. Kemahiran penyelesaian masalah
iv. Kemahiran mengenal pasti keadaan dan situasi berisiko
v. Kemahiran bertanggungjawab dan pilihan bijak
vi. Kemahiran mendapatkan bantuan
vii. Penghargaan kendiri

Modul Latihan Pendidikan Pencegahan HIV/AIDS

Modul ini mengandungi beberapa submodul seperti berikut:
Modul 1
Impak dan Respons Secara Global Terhadap HIV/AIDS
Modul 2
Siapakah yang Dijangkiti HIV/AIDS?
Modul 3
Kesan HIV/AIDS
Modul 4
Melindungi Diri daripada AIDS
Modul 5
Bekerjsama dalam Komuniti
Modul 6
Integrasi Pendidikan Pencegahan HIV/AIDS dalam Kurikulum
Modul 7
Penggunaan Strategi Pembelajaran, Teknik Kemahiran Diri dan Media dalam Pendidikan Pencegahan HIV/AIDS
Modul 8
Alat Penilaian Untuk Kegunaan Pendidikan Pencegahan HIV/AIDS

Modul Kemahiran Kecekapan Psikososial Dalam Pendidikan Pencegahan HIV dan AIDS

Modul ini mengandungi pendekatan kemahiran kecekapan psikososial (life skills) dalam menangani masalah sosial dan mencegah jangkitan seksual termasuk HIV dan AIDS, serta amalan sikap positif dalam kehidupan seharian.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merujuk kepada Laporan Akhbar dalam dalam akhbar Berita Harian bertarikh 22 April 2010 .
Pertubuhan guru bantah kena ajar pendidikan seks.

Unit Komunikasi Korporat,
Kementerian Pelajaran Malaysia.